Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
NBD – Republik Indonesia terus komited mengukuhkan peluang kerjasama
15/05/2025

 


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Probowo Subianto semasa mengadakan Majlis Mesyuarat Dua Hala bersempena Lawatan Negara Presiden Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam (NBD) hari ini antara lain membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama khususnya.

Pada majlis yang berlangsung di Baitul Mesyuarah, Istana Nurul Iman di sini, kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dan seterusnya percaya bahawa terdapat peluang untuk diperkukuh dalam bidang-bidang antara lainnya seperti perdagangan dan pelaburan, perikanan, pertanian, pelancongan dan tenaga boleh diperbaharui.

Majlis Mesyuarat Dua Hala berkenaan juga membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk perkembangan dalam pelaksanaan Five-Point Consensus bagi Myanmar dan seterusnya menyentuh Palestin dengan kedua-dua pemimpin mezahirkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan di Gaza, berikutan peningkatan keganasan dan sekatan bantuan yang berterusan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan TYT Probowo Subianto juga mengulangi negara mereka terus menyokong negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan penyelesaian dua negara, berdasarkan sempadan sebelum 1967.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto